Teknologi 2020 – Drone Hantar Minuman di Sekitar Pulau Pinang

Anda pernah pesan minuman seperti kopi Ais, Teh Ais Bungkus? Hari ini #DRINKLAH sepertimana yang anda pernah dengar nama ini sudah mula penghantaran di sekitar Pulau Pinang. #DRINKLAH juga akan menembangkan sayap operasi ke sekitar seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini.

Sejak bermulanya operasi penghantaran air seperti Kopi Ais Bungkus, Teh Ais Bungkus, Ais Kacang, Sirap Limau Ais dan minuman biasa yang anda sebagai penggemar air tidak akan jumpa di FoodPanda, GrabFood, mahupun DeliverEat. Hanya di #DRINKLAH kami melebarkan sayap penghantaran kepada mereka yang dahaga.

Lampu Merah, Kuning dan Hijau; #DRINKLAH berada di tengah-tengah sekitar operasi penghantaran makanan dan air di Malaysia.

#DRINKLAH juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat dalam menceburi bidang eCommerce & keusahawanan dalam mengisi jawatan kosong sebagai RIDER USAHAWAN ataupun kepada universiti yang ingin menghantar pelajar praktikal untuk mengisi kekosongan internship placement amat dialuk-alukan. Sebagai pelajar yang bakal menjejak langkah dalam dunia pekerjaan, kami di #DRINKLAH mengajar pelajar dalam menanggani operasi digital, coding, eCommerce planning, dan pengurusan keusahawan digital.

Selain itu, #DRINKLAH juga mempunyai visi yang amat tinggi bagaikan burung helang yang terbang di langit, begitulah pasukan kami meluangkan masa untuk melatih bakat Drone kami ketika kami cuti di hari Ahad dan Isnin. Visi kami adalah untuk menerbangkan drone dan membuat penghantaran air di udara dalam 5 hingga 6 tahun akan datang. Visi kami bakal diusahakan sekitar menjelang tahun 2025-2026. Operasi kami juga mengalu-alukan kerjasama dari pihak sekolah, kilang, dan apa-apa majlis dalam memesan air atas talian di www.drinklah.com

Penerbangan drone dalam membawa air amat mudah, tetapi kepakaran juru terbang ataupun Drinks Pilot perlu mengendalikan operasi koordinat dengan sempurna. Operasi kami bukan sekadar visi, tetapi impian pasukan rider kami mempunyai visi yang sama. Lokasi penerbangan yang bakal kami lancarkan dalam 5 tahun akan datang nanti, bertempat di Pulau Pinang sekitar persiaran Gurney ke Tanjong Tokong dan dari Straits Quay ke Tanjung Bungah. #DRINKLAH juga menjalankan usahasama melalui DRONE MALAYSIA dalam menjayakan visi kami dalam memberi nasihat dan kepakaran dalam menerbangkan drone, dan melatih rider #DRINKLAH dalam menerbangkan drone kepada pelanggan dalam jarak dekat dan jauh, dan pelbagai ilmu penerbangan sejurus memberi sijil pengiktirafan certified drone pilot @ Rider.

DRONE WARNA KUNING #DRINKLAH

Melalui laluan udara persisiran pantai Tanjung Bunga ke persisiran Batu Feringghi di mana landasan terakhir yang dirangka dalam pelan perancangan kami, di landasan persisiran pantai Starbucks, Batu Feringghi.

Disebabkan rider kami juga merupakan usahawan, kami bukan sekadar rider biasa yang menunggu pelanggan di tepi restoron, di bawah pokok, ataupun di bawah sinaran matahari. Pasukan kami bijak bekerja dan pasukan kami mengaturkan masa lapang kami dengan sempurna. Kepada mereka yang mempunyai jiwa usahawan, tampilkan diri anda dan mulakan kerjaya bersama #DRINKLAH.

Warna Kuning merupakan utama operasi. Kuning melambangkan kedaulatan kami dalam pasukan dan bersedia memberi servis yang terbaik kepada pelanggan yang dahaga di luar sana. Kesimpulannya, pasukan rider kami merupakan usahawan yang terlatihan dalam bidang pemasaran digital, eCommerce dan kami mencari bakat yang terpendam dalam diri anda. Kepada yang dahaga, tunggu apa lagi? Jom order air, atau anda boleh muat turun aplikasi di Google Playstore #DRINKLAH. Dalam visi sedia ada kami di #DRINKLAH, bakal merealisasikan impian kami untuk menghantar air dengan menggunakan drone delivery. Berkemungkinan, buat pertama kali di Malaysia, penghantaran air di udara.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cart
Your cart is currently empty.
Open chat
Thirsty? Dahaga?
Top up eWallet RM100, get RM20.00 FREE today.